Skip to main content

Advertisement

Berita

Impak Ronaldo, Jersey Juventus Terjual $60 Juta Dalam Masa 24 Jam

impak ronaldo, jersey juventus terjual $60 juta dalam masa 24 jam

Seperti seluruh dunia dan peminat sukan dah tahu, pemain bola sepak paling berbakat di dunia Cristiano Ronaldo telah berpindah daripada Real Madrid ke Juventus. Jumlah perpindahan tersebut menelan belanja lebih daripada 99.2 Juta Pound.

Advertisement

Perjanjian selama empat tahun itu membuatkan ramai peminat Juventus tidak sabar melihat aksi pemain bola sepak itu. Yang menariknya, kehadiran Cristiano Ronaldo telah memberi impak besar kepada penjualan jersey Juventus.

Menurut UNILAD, impak Cristiano Ronaldo telah membuatkan jersey Juventus meningkat sebanyak 40 peratus. Dikatakan jumah jualan jersey Juventus selepas perpindahan itu adalah sebanyak 60 juta.

Mengikut twitter Transfer News pula, jumlah Juventus jersey pada tahun 2016 sebanyak 850,000. Manakala jumlah sehari selepas kehadiran Cristiano Ronaldo adalah sebanyak 520,000.

Sumber: UNILAD

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda