Skip to main content

Advertisement

Berita

“Kutip Sayur Tepi Jalan Buat Alas Perut”, Orang Ramai Simpati Nasib Ibu Tunggal, Anak Hilang Ingatan Akibat Kemalangan

Orang ramai bersimpati akan kisah dua beranak lalui kesukaran hidup apabila hanya makan sekali sehari seperti dilaporkan Sinar Harian pada Khamis.

“kutip sayur tepi jalan buat alas perut”, orang ramai simpati nasib ibu tunggal, anak hilang ingatan akibat kemalangan

Advertisement

R Suganthi bersyukur menerima berpuluh panggilan untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan demi kelangsungan hidup bersama anak perempuannya, M Lalithambiga.

“Sejak petang semalam banyak panggilan masuk. Ada yang daripada individu, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan jabatan kerajaan.

“Masing-masing mahu berjumpa untuk sampaikan bantuan makanan.

“kutip sayur tepi jalan buat alas perut”, orang ramai simpati nasib ibu tunggal, anak hilang ingatan akibat kemalangan

“Saya terharu dan ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu saya dan anak saya,” katanya.

Malah, ada juga yang menghubunginya untuk membantu bantuan rumah dan mendapatkan pekerjaan bagi jangka masa panjang.

“Kalau boleh saya memang nak kerja, sebelum ini pun saya boleh bekerja dan dapat tampung hidup kami dua beranak.

“kutip sayur tepi jalan buat alas perut”, orang ramai simpati nasib ibu tunggal, anak hilang ingatan akibat kemalangan

“Hidup kami berubah hanya apabila saya hilang pekerjaan disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya.

Suganthi meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang mencerca dan menuduh yang bukan-bukan mengenai kesusahan hidup mereka.

Sumber: Sinar Harian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda