Skip to main content

Advertisement

Berita

Kanak-Kanak Umur 2 Tahun Buka Pelitup Muka Untuk Makan, Ibu Dipaksa Keluar Dari Pesawat

Dengan keadaan dunia ketika ini berhadapan wabak COVID-19, kita sering diingati supaya sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam dalam usaha mengekang penularannya.

kanak-kanak umur 2 tahun buka pelitup muka untuk makan, ibu dipaksa keluar dari pesawat

Advertisement

Namun, cerita lain pula terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia dan anaknya diusir keluar dari pesawat sewaktu dalam perjalanan dari Fort Myers, Florida ke Chicago pada Sabtu lalu.

kanak-kanak umur 2 tahun buka pelitup muka untuk makan, ibu dipaksa keluar dari pesawat

kanak-kanak umur 2 tahun buka pelitup muka untuk makan, ibu dipaksa keluar dari pesawat

Menurut kata ibu tersebut, Jodi Degyansky, 34, anaknya berusia 2 tahun itu membuka pelitup muka buat sementara waktu untuk menikmati snek makanan.

Wanita itu mendakwa bahawa pesawat tersebut berpatah balik semata-mata untuk mengusir dia dan anaknya biarpun sudah memakai semula pelitup muka berkenaan.

kanak-kanak umur 2 tahun buka pelitup muka untuk makan, ibu dipaksa keluar dari pesawat

Dia berasa malu dan kecewa akan kejadian itu dan sebagai alternatif, dia terpaksa membeli tiket pesawat lain untuk meneruskan perjalanannya.

Sumber: Daily Star

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda