Lonjakan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan ini menjadikan norma baharu sebagai panduan hidup bagi membasmi penularan wabak ini terus merebak.
Solat berjemaah di masjid kini terpaksa dikawal dengan jumlah jemaah yang sedikit dan digalakkan menunaikan solat di rumah.
Advertisement

Beberapa pihak juga keliru dengan hukum apabila meninggalkan solat Jumaat dan solat jemaah di masjid ketika pandemik ini.
Menerusi ciapan di akaun Twitter Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pihaknya menjelaskan hukumnya adalah HARUS untuk meninggalkan solat Jumaat di masjid walaupun tiga kali berturut-turut dalam tempoh PKP ini.
Namun, umat Islam wajib menggantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.
Harus hukumnya untuk meninggalkan solat Jumaat di masjid walaupun tiga kali berturut-turut dalam tempoh PKP ini, namun wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.
— JAKIM (@MyJAKIM) May 21, 2021
Sumber : @pejabatmuftiwp pic.twitter.com/DAnZ5zTHK9