Skip to main content

Advertisement

Berita

Karya Anak Malaysia ‘Hijab Girl’ Rangkul Gelaran Juara Pertandingan Fotografi Dunia

Karya 'Hijab Girl' hasil seorang jurugambar sambilan dari Terengganu memenangi tempat pertama bagi kategori potrait dalam pertandingan fotografi, The VII Jalón Ángel International Photography anjuran San Jorge University di Sepanyol.

karya anak malaysia ‘hijab girl’ rangkul gelaran juara pertandingan fotografi dunia

Advertisement

Wan Mohd Fadzli Wan Samsudin berjaya mengalahkan 2,300 peserta dari 94 negara lain termasuklah Sepanyol, Rusia, Iran, Perancis, India, Bangladesh, Argentina, Mexico, Colombia, Itali dan lain-lain.

Malah, beliau tidak menyangka hasil karyanya yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan dari Maahad Darul Quran Rusila yang dirakam pada awal 2019 itu berjaya menambat hati juri.

karya anak malaysia ‘hijab girl’ rangkul gelaran juara pertandingan fotografi dunia

“Memandangkan terdapat persaingan sengit dalam pertandingan ini, saya cuba nasib dan tawakal untuk hantar sekeping gambar memaparkan sekumpulan gadis berhijab.

“Gambar ini dipilih kerana ia memiliki identiti kita sebagai orang Islam dan saya ingin mengetengahkannya,” katanya.

karya anak malaysia ‘hijab girl’ rangkul gelaran juara pertandingan fotografi dunia

Tambahnya, beliau menunggu sekitar setengah jam untuk dapatkan waktu yang tepat bagi mengambil gambar secara spontan dan tidak dibuat-buat.

Foto miliknya memenuhi beberapa kriteria sehingga melayakkannya menerima hadiah wang tunai €1000 (RM4,921), trofi (arca edisi terhad oleh artis Jesús García) dan sijil.

Jurugambar itu juga berkongsi gambar tersebut memiliki komposisi, kontra hitam dan putih untuk menyerlahkan suasana baharu dan masih asing dalam kalangan masyarakat di sana.

Sumber: [1] [2]

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda