Penyanyi dan pelakon Heliza Helmi mendapat perhatian warganet yang inginkan dirinya menjadi ikon wanita dan belia negara.

Advertisement
Menerusi ciapan di akaun Twitter, seorang pengguna tular apabila berkongsi pandangan mengenai Heliza Helmi yang layak dijadikan teladan buat insan lain.
“Heliza Helmi sepatutnya menjadi ikon wanita, belia di negara kita. Seorang wanita yang betul-betul memperjuangkan Islam,” tulisnya.

Rata-rata pengguna Twitter yang lain turut tersentuh dan setuju dengan pendapatnya dan menyifatkan Heliza mempunyai keperibadian yang baik.
“Ya, kita patut bangga dengan Heliza Helmi, memang menghormati mereka,” komen salah seorang warganet.
“Heliza sangat rendah diri orangnya, dia sentiasa memperjuangkan hak-hak bumi Palestin dan Islam,” kata warganet.
HELIZA HELMI sepatutnya menjadi ikon wanita/belia di negara kita.
— Peguam Syarie Atikah (@Atikah10490) May 22, 2021
Seorang wanita yang betul2 memperjuangkan Islam. Tak pernah nampak dia post psl cinta/nk kahwin. Even gossip dgn mana2 laki pon xpernah.
She is a truly amazing girl♥ pic.twitter.com/QbNXZDoe7t
Kini, hampir 20,000 ribu ulang ciap dan 33,000 ribu tanda suka bagi ciapan tersebut.
Sumber: Twitter