Mendaki gunung bukan lah sesuatu yang mudah, malah ia mencabar fizikal dan mental seseorang. Apatah lagi jika ingin membawa anak kecil mendaki sekali. Pasti lebih mencabar.
Tetapi cabaran tersebut dicapai oleh wanita hebat ini, Amie Borhan ataupun nama penuhnya Siti Aminah Borhan. Penyampai radio Zayan ini, berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu dengan membawa anak kecilnya, Nurr Yuna Sofia yang berumur tiga tahun.
Advertisement

Dalam perkongsian di akaun Instagram miliknya, Amie Borhan menceritakan perjalanan yang bermula pada jam 10 pagi dan sampai ke atas jam 6 petang. Tapi pada awal perjalanan, terlintas dalam fikiran Amie untuk menghentikan pendakiannya itu selepas melihat Sofia muntah-muntah.
Namun semangat yang membara dan keinginan yang sangat tinggi untuk mencapai matlamat tersebut, akhirnya mereka berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu.
Kisah inspirasi mereka ini mendapat komen positif daripada warga net yang kagum dengan kewibawaan Amie Borhan.
Sumber: Instagram Siti Aminah Borhan