Skip to main content

Advertisement

Berita

Umat Islam Akan Menyambut Hari Raya Qurban Pada 31 Julai

umat islam akan menyambut hari raya qurban pada 31 julai

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 31 Julai ini.

Advertisement

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan, pada malam Selasa, berkata tarikh terbabit sudah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1441 Hijriah ialah pada 22 Julai 2020 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari 31 Julai 2020 Masehi," menurut kenyataan itu.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda