Skip to main content

Advertisement

Berita

Selangor Percepat Proses Urus Jenazah COVID-19, Hanya 9 Tanah Perkuburan Jenazah COVID-19 Setakat Ini

Sebanyak sembilan tanah perkuburan Islam di Selangor dikhususkan untuk pengebumian jenazah Covid-19 di negeri ini.

Menurut pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihaknya memaklumkan pengelasan tiga tanah perkuburan masing-masing bagi empat buah hospital iaitu Hospital Shah Alam (HSA), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Advertisement

selangor percepat proses urus jenazah covid-19, hanya 9 tanah perkuburan jenazah covid-19 setakat ini

Kesemua tanah perkuburan Islam itu melibatkan Seksyen 21 Shah Alam : USJ 22 ; Bukit Tandang, PJS 5 ; PJS 4 Taman Medan ; Seksyen 9, Kota Damansara ; Bandar Baru Sungai Buloh ; Pekan Sungai Buloh.

“Selain itu, adalah tanah perkuburan Islam Selat dan Johan Setia di Klang. Kesemua tanah perkuburan itu masing-masing di bawah seliaan Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Kariah,” katanya.

selangor percepat proses urus jenazah covid-19, hanya 9 tanah perkuburan jenazah covid-19 setakat ini

Berikut merupakan pengelasan tanah perkuburan daripada empat hospital itu :

HSA
1. Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam
2. Tanah Perkuburan Islam USJ 22
3. Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, PJS 5

PPUM
1. Tanah Perkuburan Islam USJ 22
2. Tanah Perkuburan Islam PJS 4 Taman Medan
3. Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, PJS 5

HSB
1. Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara
2. Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh
3. Tanah Perkuburan Islam Pekan Sungai Buloh

HTAR
1. Tanah Perkuburan Islam Selat Klang
2. Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam
3. Tanah Perkuburan Islam Johan Setia

Sumber: JAIS
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda