Skip to main content

Advertisement

Berita

Orang Ramai Serbu Gerobok Rezeki Di Masjid Sekitar Wilayah Persekutuan

Inisiatif pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan telah menjalankan Gerobok Rezeki di Masjid atau Food Bank.

orang ramai serbu gerobok rezeki di masjid sekitar wilayah persekutuan

Advertisement

Menerusi ciapan di laman Twitter, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah berkongsi berita gembira ini khas buat penduduk di Wilayah Persekutuan.

orang ramai serbu gerobok rezeki di masjid sekitar wilayah persekutuan

Bagi meringankan beban golongan yang memerlukan, orang ramai boleh hadir ke beberapa lokasi Gerobok Rezeki untuk mendapatkan barangan asa dapur dan Dapur It’am untuk makanan tengahari di Wilayah Persekutuan.

“Ambil jika perlu, sumbang sekadar mampu,” katanya.

Kepada sesiapa yang memerlukan bantuan tersebut boleh hadir ke masjid berkenaan untuk mendapatkan barangan asas atau makanan tengahari.

 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda