Genap sembilan bulan selepas pemergian Abam Bocey, adiknya iaitu Ali Puteh berkata masih ada yang menziarahi kuburnya.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menulis sebuah entri di Instagramnya menyatakan kasih sayang kepada abangnya itu masih kuat.
Advertisement

“Hari ini 10 hari bulan, genap 9 bulan pemergianmu abang. Kubur masih dilawati orang dan sentiasa bersih.”
Dalam pada itu, Ali turut menyatakan bahawa dia didatangi arwah dalam mimpinya pada malam Isnin lalu. Beliau turut menitipkan doa kepada Allahyarham agar ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Malam tadi mimpi kau datang bang jenguk kami. Senyum je kau.
Semoga tenang disana ye bang. Mak sihat alhamdulillah dan semua sihat. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang beriman. Tengok kan Ainul Mardhiah ye kat sana,” tulisnya.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.
Sumber: Instagram