Skip to main content

Advertisement

Berita

Fatiya Latiff Dipuji Lancar Baca Al-Quran

fatiya latiff dipuji lancar baca al-quran

Foto: Instagram

Advertisement

Pelakon Fatiya Latiff mendapat perhatian netizen selepas dia menunjukkan kelancaran mengalun bacaan al-Quran.

Dalam rancangan Geng Ngaji, Fatiya, atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, tampil dengan penuh ketenangan mengenakan telekung putih sambil membaca surah Saba melalui panggilan video.

fatiya latiff dipuji lancar baca al-quran

Foto: Instagram

 Keikhlasan dan ketulusan yang terpancar dalam cara beliau mengaji menarik perhatian ramai. Aktres berusia 38 tahun itu menunjukkan sikap yang penuh tawaduk dan membanggakan dengan amalan yang menginspirasikan penonton.

Kehadirannya dalam rancangan tersebut turut mencuri perhatian panel hos yang memuji ketekunan yang beliau tunjukkan. Pujian mereka berlandaskan bukan sahaja pada penampilannya yang sopan tetapi juga pada cara penghayatan bacaan surah Saba dengan penuh khusyuk dan fokus.

“Sebutan Fatiya okay, not bad. Hanya ada sedikit-sedikit sahaja kekurangannya.”

Ruangan komen dibanjiri dengan rata-rata warganet yang turut kagum selepas mendengar bacaan daripada pelakon drama Bidaah itu.

“Maksudnya dia biasa mengaji, orang yang jarang sangat mengaji tak macam ini.”

“Sekurang-kurangnya dia kenal huruf dari orang yang suka hina dia tapi tak kenal pun huruf Al-Quran.”

“Pandai dia baca, banyak sebutan yang betul Masya-Allah.”

Sumber: Instagram 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda