Kalau orang sebut mengenai Jawi, selalunya berhubung kait dengan ejaan atau membaca Jawi tak pernah pula dengar istilah Bahasa Jawi ataupun bercakap Jawi.
Namun, kebelakangan ini ada sebuah video tular di media sosial yang menarik tumpuan netizen. Seorang anak bersembang dengan maknya menggunakan ejaan Jawi.
Advertisement
Hebat kan! Video tersebut turut menarik perhatian Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Hebat. Susah nak faham. Kena dengar 2-3 kali baru faham https://t.co/UVekIy10eK
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Bahkan, penyampai radio ZAYAN Mawi dan Anas Tahir bagi segmen Zayan Salam Bros sendiri menyahut cabaran cuba berborak menggunakan bahasa Jawi. Agak-agaknya macam mana bunyi nya?
Sumber: Twitter