Skip to main content

Advertisement

Berita

Euro 2020: UEFA Jamin Keselamatan Pemain, Penonton Daripada Wabak COVID-19

Selepas tertangguh hampir setahun, Euro 2020 akan membuka tirainya malam ini, biarpun dunia masih berdepan pandemik COVID-19.

Aksi pembukaan di Stadio Olimpico, Rome akan berlangsung awal pagi esok  di mana tuan rumah Itali akan menentang Turki di hadapan 16,000 penonton.

Advertisement

euro 2020: uefa jamin keselamatan pemain, penonton daripada wabak covid-19

Walaupun penularan virus COVID-19 masih berleluasa, presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) Aleksander Ceferin menegaskan Euro 2020 akan berlangsung dengan selamat.

“Ia akan menjadi peluang terbaik untuk menunjukkan kepada dunia yang Eropah sedang menyesuaikan diri.

“Eropah kembali hidup dan meraikan kehidupan. Eropah sudah kembali,” katanya

euro 2020: uefa jamin keselamatan pemain, penonton daripada wabak covid-19

Keputusan penganjur membenarkan penonton masuk di mana Puskas Arena mengikut kapasiti penuhnya menyerlahkan keyakinan tinggi ditunjukkan kota Budapest, Hungary.

Namun, 11 gelanggang lain hanya membenarkan kapasiti terhad untuk penonton dengan Denmark menaikkan kapasiti daripada 16,000 kepada 25,000 untuk perlawanan di Copenhagen.

Manakala, Munich hanya membenarkan 22 peratus daripada kapasiti Allianz Arena sekitar 14,500 penonton.

Sumber: AFP News

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda