Skip to main content

Advertisement

Berita

Menyayat Hati! Empat Mangsa Rentung, Kenderaan Terbabas Ke Bawah Jejambat Sebelum Terbakar

Kejadian menyayat hati apabila empat maut setelah kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke bawah jejambat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

menyayat hati! empat mangsa rentung, kenderaan terbabas ke bawah jejambat sebelum terbakar

Advertisement

Kereta mangsa dipercayai terbakar sepenuhnya di Jalan Teratai Batu 10 Kampung Kebun Bharu, Telok Panglima Garang awal pagi semalam dan mangsa maut di tempat kejadian.

menyayat hati! empat mangsa rentung, kenderaan terbabas ke bawah jejambat sebelum terbakar

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.

“Selepas selesai pemadaman sebuah kereta Mercedes didapati terdapat empat mangsa yang tidak diketahui identiti dan jantina.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah selesai dilaksanakan dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda