Seekor makhluk yang dikenali sebagai ‘headless chicken monster’, atau ayam tanpa kepala, pertama kali dirakamkan berenang berdekatan dengan laut timur Antartika.

Advertisement

Makhluk ini sebenarnya adalah sejenis gamat dengan nama saintifik Enypniastes eximia, berjaya dirakamkan oleh pasukan Australian Department of the Environment and Energy baru-baru ini.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Smithsonian Contributions to the Marine Sciences, spesis gamat berwarna merah ini boleh mempunyai saiz 6 hingga 25 sentimeter dan hanya berenang di dasar lautan.

Sumber: Mashable