Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menarik perhatian warga net lagi sekali apabila kedai gunting rambut hipster, milik penyanyi rap Joe Flizzow, menjadi tempat pilihan untuk memotong rambutnya.

Advertisement
Beliau muat naik sebuah entri di laman sosial Instagram dan Twitter menggunakan perkhidmatan menggunting rambut di Joe’s Barbershop cawangan di Nilai, Negeri Sembilan untuk tatapan umum.
Menerusi perkongsian tersebut, Dr Zul kelihatan tenang sambil rambutnya dirapikan. Menurut beliau, dia amat bangga dengan kejayaan anak muda Muslim dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi.
“Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai memberi pujian kepada bekas mufti Kuala Lumpur itu dalam menyesuaikan diri dengan pengedaran zaman dengan mencuba kedai hipster yang menjadi selera anak muda.

Sumber: Instagram