Skip to main content

Advertisement

Berita

Tan Sri Dr Noor Hisham Kongsi Gambar Keperitan Barisan Hadapan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan rasa sebak di media sosial dengan peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan.

tan sri dr noor hisham kongsi gambar keperitan barisan hadapan

Advertisement

Menerusi ciapan di akaun Twitter, beliau berkongsi gambar-gambar pengorbanan barisan hadapan dalam mengendalikan wabak maut ini.

“Gambar ini terukir 1001 ayat,” tulisnya.

tan sri dr noor hisham kongsi gambar keperitan barisan hadapan

Keperitan dan kepayahan yang dilalui barisan hadapan ketika ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang dalam merawat pesakit terutamanya pesakit COVID-19.

Beliau juga sebelum ini merayu kepada masyarakat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kekal di rumah untuk mengekang penularan COVID-19.

Sumber: Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda