Skip to main content

Advertisement

Berita

Doa Ketika Hujan Turun: Rahmat Membasahi, Musibah Dijauhi

doa ketika hujan turun: rahmat membasahi, musibah dijauhi

Foto: JAKIM

Advertisement

Hujan merupakan anugerah daripada Allah SWT untuk menyucikan bumi serta membawa rahmat buat seluruh makhluk. Setiap titisannya menjadi penyubur tanah, penyejuk suasana dan tanda kasih sayang Ilahi kepada hamba-Nya. Namun, di sebalik nikmat ini, terdapat juga peringatan agar manusia sentiasa berdoa memohon perlindungan daripada sebarang musibah yang mungkin datang bersama hujan lebat, seperti rebut atau banjir.

Rasulullah SAW mengajarkan doa ketika turunnya hujan:

doa ketika hujan turun: rahmat membasahi, musibah dijauhi

"Allahumma sayyiban naafi‘an"

yang bermaksud: “Ya Allah, jadikanlah hujan ini sebagai hujan yang bermanfaat.”

(Riwayat al-Bukhari, 1032)

Doa ini bukan sekadar ucapan, tetapi pengharapan agar curahan hujan menjadi sumber kehidupan, bukan bala bencana. Ia mengingatkan kita bahawa setiap nikmat perlu disyukuri, namun pada masa yang sama kita juga tidak boleh lalai daripada memohon perlindungan-Nya.

Justeru, setiap kali hujan turun, marilah kita mengambil peluang untuk berdoa. Jadikan doa ini sebagai perisai, agar hujan yang membasahi bumi membawa kebaikan, menumbuhkan hasil bumi dan menenangkan jiwa, bukannya mendatangkan kemudaratan.

Hujan ialah rahmat, tetapi doa adalah kunci agar rahmat itu benar-benar menjadi keberkatan dalam hidup kita.

Sumber: JAKIM

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda