Skip to main content

Advertisement

Berita

Bila Terima Pujian Dan Menyebut Hal Baik Tentang Diri Kita, Bacalah Doa Ini!

Ada orang menyatakan bahawa pujian boleh membuatkan hati menjadi bersemangat dan ada kala ia juga membuatkan hati terleka.

bila terima pujian dan menyebut hal baik tentang diri kita, bacalah doa ini!

Advertisement

Jika terlalu berlebihan, pujian boleh bertukar menjadi perkara yang tercela apabila hati mengharap-harap pujian orang. Dalam masa sama kita mungkin tidak sedar bahawa ia dapat mencalar keihklasan. Niat yang pada awalnya ikhlas dan jujur tidak mustahil bertukar menjadi tidak ikhlas.

bila terima pujian dan menyebut hal baik tentang diri kita, bacalah doa ini!

Mungkin ada masanya pujian diterima secara tiba-tiba apabila kita melakukan kebaikan atau menolong orang, dalam keadaan perkara yang boleh dilakukan adalah membaca doa ini bagi melindungi rasa ikhlas.

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻻَ ﺗُﺆَﺍﺧِﺬْﻧِﻲْ ﺑِﻤَﺎ ﻳَﻘُﻮْﻟُﻮْﻥَ، ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْﻟِﻲْ ﻣَﺎ ﻻَ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻮْﻥَ ‏ ﻭَﺍﺟْﻌَﻠْﻨِﻲْ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﻈُﻨُّﻮْﻥَ

“Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku kerana apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka perkirakan.”  (Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad)

Orang yang memuji mungkin hanya mengenal sebahagian daripada diri kita dan apa yang tampak di mata. Namun kitalah yang benar-benar mengetahui diri sendiri.

Sumber: tzkrh.com

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda