Skip to main content

Advertisement

Berita

Hikmah Di Sebalik COVID-19, Dapat Menghayati Nuzul Al-Quran

hikmah di sebalik covid-19, dapat menghayati nuzul al-quran

Dengan suasana normal yang baharu susulan ujian wabak COVID-19 yang melanda dunia, Sambutan Nuzul Al-Quran tahun ini dirasai dengan penuh penghayatan dan keinsafan oleh umat Islam.

Advertisement

Tanpa perhimpunan atau perkumpulan di masjid dan surau untuk melakukan majlis khatam Al-Quran tahun ini atas sebab mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, umat Islam mengambil kesempatan kali ini untuk melakukan majlis khatam Al-Quran bersama keluarga di keselesaan kediaman rumah masing-masing.

hikmah di sebalik covid-19, dapat menghayati nuzul al-quran

Meriah atau tidak sambutannya seharusnya bukan indikasi bahawa umat Islam tidak boleh mengambil pelbagai ibrah atau pengajaran yang terdapat daripada peristiwa bersejarah Al-Quran, yang diturunkan kepada Rasul terakhir umat manusia iaitu Nabi Muhamad SAW, pada 17 Ramadan.

Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi kompas petunjuk pelbagai bidang kehidupan seharian manusia, merentasi zaman dan memandu manusia mentadbir urus kehidupan makhluk dan alam semesta.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda