Pelakon Mawar Rashid berkongsi perasaan syahdu dan bersyukur dapat menjejak kaki ke tanah suci bersama suami, anak dan ibunya.

Advertisement

Mawar Rashid mengerjakan umrah bersama suami tercinta, Raf Yaakob dan anaknya, Raden Muhammad Rafael. Beberapa hari yang lalu, Mawar muat naik sebuah klip video di akaun Instagram kepunyaannya berkongsi perasaan mengerjakan umrah.

Dalam klip video di Instagram, dapat dilihat Mawar menitiskan air mata merenung ke arah Kaabah. Di ruangan kapsyen, Mawar menzahirkan perasaan syukur kepada Illahi atas rezeki yang diberikan kepada diri dia dan keluarga sehingga dapat bertapak ke tanah suci.
“Rasa macam diri ini kecil sangat-sangat, Mawar juga yakin peluang yang diberi Allah SWT ni untuk perbetulkan diri Mawar kembali ke fitrahNya.”
Sumber: Instagram