Skip to main content

Advertisement

Berita

Cara-Cara Ini Boleh Membantu Perokok Bersihkan Paru-Paru

cara-cara ini boleh membantu perokok bersihkan paru-paru

Paru-paru adalah salah satu organ yang vital pada tubuh manusia dan perlu dijaga dengan baik.

Advertisement

Bagi yang merokok atau sering terdedah dengan pencemaran udara, cara-cara ini boleh membantu anda untuk ‘membersihkan’ semula paru-paru anda.

  1. Berhenti merokok

Semestinya dengan anda berhenti merokok adalah cara yang paling efektif untuk membersihkan paru-paru anda. Dengan cara ini, paru-paru anda akan mula membersihkan dengan sendirinya. Sekaligus mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan paru-paru terutama sekali kanser.

  1. Bersenam secara teratur

Senaman secara teratur dapat mmbantu proses pemulihan paru-paru anda ketika tempoh pemulihan.

  1. Terapi wap

Terapi wap ini selalu dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah resdung. Tetapi dengan cara ini juga dapat membantu dalam membuka jalan penafasan dan mengeluarkan lender-lendir di bahagian paru-paru.

  1. Teh Hijau

Antioksidan dalam teh hijau boleh mengurangkan inflamasi atau radang paru-paru. Teh hijau juga dapat membantu melindungi jaringan paru-paru ketika menyedut asap.

Sumber: Web

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda