Skip to main content

Advertisement

Berita

Betulkan Niat, Solat Sunat Istikharah Tidak Terhad Untuk Minta Jodoh Sahaja

Ramai yang menganggap solat Istikharah ini hanya sesuai dilakukan untuk memilih jodoh tetapi solat sunat berkenaan mempunyai manfaat yang besar dalam kehidupan kita.

betulkan niat, solat sunat istikharah tidak terhad untuk minta jodoh sahaja

Advertisement

Tahukah anda? Mengikut pandangan Islam, solat sunat berkenaan disarankan untuk dilakukan apabila menghadapi masalah yang sukar diselesaikan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Jika salah seorang daripada kalian berasa berat dalam sesuatu perkara, maka hendaklah dia solat dua rakaat, kemudian berdoa (doa istikharah).” 

(Riwayat Muslim)

betulkan niat, solat sunat istikharah tidak terhad untuk minta jodoh sahaja

Kebiasaannya, ramai yang tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk mencari solusi ketika menghadapi sesuatu masalah.

Mudah sahaja, sebaiknya lakukanlah solat sunat Istikharah jika kita tidak mampu membuat keputusan yang tepat.

betulkan niat, solat sunat istikharah tidak terhad untuk minta jodoh sahaja

Berikut cara-cara untuk menunaikan solat sunat Istikharah;

#1 - Solat sunat ini dilakukan sebanyak dua rakaat atau sehingga 12 rakaat dengan enam salam.

#2 - Ia boleh dilakukan pada waktu siang atau malam.

#3 - Membaca tasbih dalam sujud akhir sebanyak 40 kali.

“Maha suci DIKAU yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang DIKAU ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya DIKAU MAHA MENGETAHUI lagi MAHA BIJAKSANA!”

#4 - Pohon doa sebelum bangun daripada sujud.

Mohonlah kepada Allah SWT agar ditunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

Sumber: Denai Hati

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda