Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan yang diingini. Namun, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.

Advertisement
Ramai yang suka menyimpan ubat secara terus dalam peti sejuk, tanpa mengira jenis ubat itu berbentuk cecair mahupun tablet / biji.

Dipetik daripada Twitter @izzahrph yang juga merupakan seorang ahli farmasi, ubat biji akan lebih cepat rosak sekiranya disimpan dalam peti sejuk kerana ada lembapan. Sebaiknya ubat biji disimpan dalam suhu bilik, melainkan jika ada arahan untuk disimpan pada suhu tertentu.
Bukan semua ubat boleh letak dalam peti sejuk. Ubat biji bila letak dalam peti sejuk, mungkin lagi cepat rosak sebab ada lembapan. Elok simpan di suhu bilik je kecuali kalau ada arahan spesifik.
— Izzah 💊 (@izzahrph) October 12, 2018
Kalau dah sampai expiry date = letak mana-mana pun still expired.#MedTweetMY https://t.co/BrLn6bf8Uw
Ada ubat-ubatan yang boleh disimpan dalam peti sejuk, mengikut pada deskripsi yang dinyatakan. Contoh;
- Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
- Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
- Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Sumber: