Skip to main content

Advertisement

Berita

Beradab Dengan Guru Walaupun Sudah Tamat Belajar

beradab dengan guru walaupun sudah tamat belajar

Graduasi sekolah mahupun university adalah satu memori yang tidak boleh dilupakan. Menamatkan zaman persekolahan, zaman belajar dan melangkah masuk ke peringkat seterusnya dalam kehidupan. Namun, tidak dilupakan jasa baik guru-guru kita. Walaupun sudah tiba masa untuk meninggalkan institusi pengajian, kita harus menjaga adab bersama mereka lagi.

  1. Jangan Pernah Lupa Budi

Advertisement

Jika terserempak dengan guru atau pensyarah anda, cuba tegur atau senyum pada mereka. Jangan berpura-pura tidak mengenali mereka.

  1. Beri Sumbangan

Berikan sumbangan kepada institusi yang telah berikan segala-galanya untuk. Sumbangan tidak semestinya dengan wang ringgit, berikan sokongan anda kepada program yang dianjurkan pun sudah mencukupi.

  1. Jadikan Diri Anda Sebagai Manfaat Kepada Semua

Setiap guru, pensyarah dan ibu bapa ingin melihat anak didik mereka berjaya. Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak memberi faedah kepada semua orang. Fikir dahulu sebelum anda bertindak.

Sumber: tzkrh.com

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda