Skip to main content

Advertisement

Berita

Sedih Dan Pilu, Bayi Baru Sejam Lahir Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Seorang bayi perempuan meninggal dunia akibat COVID-19 selepas sejam dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Nur Firdina Anggun yang berusia 24 minggu itu dilahirkan ketika ibunya, Nur Fazwatina Md Haruji masih dalam tempoh kuarantin kerana positif COVID-19.

Advertisement

sedih dan pilu, bayi baru sejam lahir meninggal dunia akibat covid-19

Menurut bapa mangsa, Nur Firdaus Ab Rahim, anak bongsunya itu menjadi antara korban termuda sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Tambahnya, tragedi sedih dan pilu ini amat menggugat hati apabila perkara sebegini berlaku di depan matanya sendiri.

“Sebagai seorang anggota kereta peronda polis (MPV) saya selalu selesaikan masalah rakyat, kita tengok kejadian seperti ini berlaku hari-hari di depan mata.

sedih dan pilu, bayi baru sejam lahir meninggal dunia akibat covid-19

“Apabila kena pada diri sendiri baharu kita tahu perasaan sebenar mangsa. Tidak kira kita polis atau doktor sekali pun COVID-19 ini tidak mengenal mangsa,” katanya.

Tragedi menyayat hati ini tidak terhenti apabila isterinya masih menerima rawatan di HTAR, manakala lima anak mereka masih lagi dikuarantin di rumah.

Jenazah bayi itu selesai diuruskan dan dikebumikan oleh sukarelawan Unit Khas Van Jenazah di Tanah Perkuburan Selat Klang di Sungai Sireh, pada Ahad.

Sumber: Sinar Harian
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda