Skip to main content

Advertisement

Berita

Bayi Baru Lahir Bernama Muhammad Akan Diberikan Wang Tunai Setiap Bulan Di Mesir

Dalam inisiatif bagi menyokong keluarga untuk melahirkan bayi baru tengah kegawatan ekonomi disebabkan oleh pandemik COVID-19, sebuah badan amal di Gharbia, Mesir akan menghadiahkan wang tunai dan gaji bulanan untuk satu tahun bagi setiap bayi yang diberi nama Muhammad.

mesir beri wang tunai setiap bulan pada bayi baru lahir dengan nama muhammad

Advertisement

Bagaimanapun, jumlah ganjaran dan wang tunai untuk gaji bulanan itu tidak dinyatakan secara terperinci.

Kempen itu dilihat bukan sahaja dijangka dapat menggalakkan kelahiran bayi baru, malah sebagai usaha menentang gerakan yang menentang ajaran Baginda Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, Muslim Council of Elders di Mesir berkata, meskipun orang ramai diberi kebebasan bersuara, namun ia datang dengan tanggungjawab sosial untuk saling menghormati hak orang lain dan tidak membenarkan eksploitasi agama untuk apa-apa tujuan sekalipun.

Majlis tersebut turut meminta umat Islam di Barat untuk mematuhi prinsip hidup berdampingan dan damai, serta meningkatkan sumbangan mereka terhadap pembangunan di negara yang mereka diami.

Sumber: Gulf News

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda