Seorang lelaki menangis teresak-esak apabila mengetahui empat orang anaknya telah meninggal dunia akibat serangan rejim Israel.

Advertisement
Menerusi ciapan di akaun Twitter Omar Baddar, video itu mendapat perhatian umum setelah melihat lelaki itu meraung dan merintih akan kematian anaknya itu.
Ciapan Omar Baddar yang merupakan seorang wartawan dan penganalisis politik itu mendapat 380 ribu tontonan di Twitter.
The moment a Palestinian father in Gaza discovers that his 4 children were killed by an Israeli strike:pic.twitter.com/CWl5lA2P6K #GazaUnderAttack
— Omar Baddar عمر بدّار (@OmarBaddar) May 18, 2021
Serangan kejam daripada rejim Israel itu telah mengakibatkan banyak nyawa tidak bersalah terkorban terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Kejadian berlaku di Gaza, Palestin menyaksikan beberapa individu cuba menenangkan lelaki itu yang inginkan keadilan akan kematian empat orang anaknya.

Rata-rata warganet turut berduka cita akan kejadian yang menimpa lelaki berkenaan setelah kehilangan orang tersayang.
“Ini sangat menyedihkan,” komen salah seorang warganet.
Sumber: Twitter Omar Baddar