Skip to main content

Advertisement

Berita

Al-Fatihah, Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia

Bapa kepada pendakwah, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew telah meninggal dunia sebentar sahaja tadi.

al-fatihah, bapa ustaz ebit lew meninggal dunia

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Instagram, Ustaz Ebit berkongsi jenazah bapanya masih berada di hospital dan akan di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi dan dikafankan.

Tambahnya, jenazah bapanya akan di bawa dan dikebumikan di Muadzam Shah, Pahang.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia, ya Allah beratnya rasa ujian ini, i love you bapak.

al-fatihah, bapa ustaz ebit lew meninggal dunia

“Bapak pergi dulu, nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak, sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana, letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik, terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” katanya.

Ustaz Ebit memohon orang ramai agar mendoakan dan menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapanya yang telah kembali ke rahmatullah.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda