Skip to main content

Advertisement

Berita

Netizen Sebak Lihat Kesungguhan Bapa, Anak Lelaki Di Kedah Cari Talian Internet Untuk PdPR

Seorang bapa dan anak lelakinya terpaksa melakukan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di luar rumah mereka disebabkan talian internet yang perlahan di rumah mereka.

Keluarga yang berasal dari Kampung Pida 4, Jitra, Kedah ini membuat inisiatif sebegini bagi meneruskan PdPR iaitu pembelajaran norma baharu ini.

Advertisement

netizen sebak lihat kesungguhan bapa, anak lelaki di kedah cari talian internet untuk pdpr

Bapa yang seorang guru juga berkorban untuk memberikan ilmu kepada para pelajarnya yang berada di rumah.

Anak lelakinya pula seorang pelajar yang sentiasa komited untuk belajar biarpun berdepan pelbagai halangan.

netizen sebak lihat kesungguhan bapa, anak lelaki di kedah cari talian internet untuk pdpr

Mereka berdua terpaksa mencari talian internet yang laju dengan menaiki van di sekitar kampung dan akan berhenti di lokasi yang mempunyai talian internet yang bagus untuk melaksanakan PdPR.

Rata-rata warganet memuji usaha mereka yang sanggup berkorban untuk mengajar dan belajar demi ilmu pengetahuan di masa hadapan.

Sumber: Instagram

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda