Skip to main content

Advertisement

Berita

ATM Kerah Aset Dan Anggota Bantu HTAR Urus Jenazah, Mayat Pesakit COVID-19

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan kerahkan bantuan aset dan anggota untuk membantu dalam pengurusan jenazah, mayat pesakit COVID-19 yang bertambah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

atm kerah aset dan anggota bantu htar urus jenazah, mayat pesakit covid-19

Advertisement

Menurut Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd. Rawi, pasukan dan aset ATM sedia membantu untuk mempercepatkan urusan proses pengebumian mengikut agama masing-masing.

“Bantuan dan kerjasama ATM ini hasil perbincangan di antara Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah dengan ATM.

“Bantuan ATM nanti dapat menampung kekurangan pegawai inspektor kanan (IK) di Pejabat Kesihatan Daerah Klang. Sebelum ini, IK menguruskan pengebumian jenazah berkenaan,” katanya.

atm kerah aset dan anggota bantu htar urus jenazah, mayat pesakit covid-19

Tindakan itu dilakukan susulan rakaman video tular di media sosial yang memaparkan keadaan mayat pesakit COVID-19 yang terpaksa diletakkan di atas lantai secara berlapis akibat bilik mayat telah mencapai kapasiti penuh.

atm kerah aset dan anggota bantu htar urus jenazah, mayat pesakit covid-19

Tambahnya, prosedur menguruskan jenazah, mayat terbabit akan dilaksanakan dengan cukup teliti terutama meletakkan 'tanda' pada si mati bagi kemudahan ketika urusan pengebumian.

“Ketika ini, kesemua mayat berkenaan ditempatkan di dalam kontena sejuk beku. Secara keseluruhan setakat ini, kami di sini mempunyai tiga kontena dan jumlah itu mencukupi,” katanya.

Sumber: Berita Harian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda