
Pelakon Gol dan Gincu, Ashraf Sinclair telah disahkan meninggal dunia awal pagi tadi pada jam 3:40 pagi. Berita tersebut telah disahkan oleh pengurus isterinya melalui mesej di aplikasi WhatsApp kepada portal berita Kompas.com
Advertisement
Pelakon kelahiran Malaysia yang menetap di Indonesia dikhabarkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Ashraf telah menghembus nafas terakhirnya di hospital di Jakarta.
Breaking News. Berita duka. Telah meninggal dunia Ashraf Sinclair (40 tahun) suami dari @bclsinclair hari Selasa 18 Februari 2020 pukul 3.40 pagi karena serangan jantung. Saat ini jenazah sedang masih di rumah sakit di Jakarta dan akan segera dibawa ke rumah duka. #BillboardID pic.twitter.com/KS3FUbQOR8
— Billboard Indonesia (@Billboard_INA) February 17, 2020
Ashraf Sinclair yang juga suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari bernikah pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Noah Sinclair. Ashraf menetap di Indonesia dan memperluaskan kerjayanya dalam bidang lakonan di Indonesia selepas bernikah dengan BCL.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga Ashraf Sinclair. Al-Fatihah.
Sumber: kompas.com