Skip to main content

Advertisement

Berita

Arab Saudi Benarkan Semula Ibadah Umrah Mulai 4 Oktober, Selepas Tangguh 7 Bulan

Selepas tujuh bulan susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, Arab Saudi kembali membenarkan jemaah yang berhasrat menunaikan umrah bermua 4 Oktober ini.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri negara itu, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenar menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan.

Advertisement

arab saudi benarkan semula ibadah umrah mulai 4 oktober, selepas tangguh 7 bulan

Manakala jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan ibadat itu mulai 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.

Ibadat itu dibenarkan dilaksanakan semula sepenuhnya selepas ancaman COVID-19 pulih sepenuhnya.

Arab Saudi menangguhkan umrah dan mengehadkan kapasiti haji tahunan sejak Mac lalu, akibat bimbang penularan COVID-19.

Bagaimanapun, ekonominya terjejas akibat kesan sekatan COVID-19, termasuk tiada sumber pendapatan menerusi ziarah keagamaan.

Arab Saudi berusaha membuka kembali kira-kira 30 juta jemaah haji ke negaranya setiap tahun bermula 2030.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda