Skip to main content

Advertisement

Berita

Bermula 1 Ogos, Arab Saudi Beri Kebenaran Kemasukan Pelancong Asing Sudah Lengkap Divaksinasi

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran kemasukan warga asing yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 bermula 1 Ogos ini.

bermula 1 ogos, arab saudi beri kebenaran kemasukan pelancong asing sudah lengkap divaksinasi

Advertisement

Menerusi kenyataan Kementerian Pelancongan Arab Saudi, sektor pelancongan bakal dibuka kepada pelancong asing bagi merancakkan ekonomi negara itu.

“Bermula 1 Ogos 2021, tiada lagi larangan masuk ke Arab Saudi kepada pemegang visa pelancong yang lengkap divaksin. 

“Tiada kuarantin diperlukan bagi mereka yang mempunyai sijil vaksinasi,” katanya.

bermula 1 ogos, arab saudi beri kebenaran kemasukan pelancong asing sudah lengkap divaksinasi

Namun, pelancong asing masih perlu mengambil ujian calitan PCR (swab test) dan keputusan negatif dalam tempoh masa 72 jam sebelum tiba di Arab Saudi.

Sehingga kini, lebih 523,397 kes COVID-19 dilaporkan di negara ini manakala 8,212 pesakit telah meninggal dunia.

Sumber: Awani
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda