Skip to main content

Advertisement

Berita

Akan Dimansuhkan Peperiksaan Untuk Murid Tahun 1,2 dan 3 Pada Tahun Depan

Menteri Pendidikan, YB Maszlee Malik berkata, peperiksaan Tahap 1 akan dimansuhkan tidak lama lagi.

Kenyataan ini dipetik menerusi laman Twitternya, awal pagi tadi.

Advertisement

”Peperiksaan bagi Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019,” katanya.

Keputusan untuk memansuhkan peperiksaan bagi Tahap 1 ini disambut baik oleh orang ramai yang rata-rata meninggalkan maklum balas positif.

Terdahulu, Singapura juga akan memansuhkan peperiksaan bagi darjah 1 dan 2 bermula 2019.

Sumber: Twitter YB Maszlee Malik

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda