Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Selepas Tiga Kali Putus Talian, Adik Lutfi Kembali Mengaji Di Geng Ngaji

Pengacara Geng Ngaji kagum dengan bacaan adik Lutfi.
Muhammad Izwan Zainal
28 Apr 2021, 06:00 PM

Hujung minggu lalu, tular di media sosial mengenai siaran Geng Ngaji yang memaparkan penonton cilik berusia 9 tahun mencuba membuat panggilan tetapi terputus ketika hendak memulakan bacaan Al-Quran.

selepas tiga kali putus talian, adik lutfi kembali mengaji di geng ngaji

Pengacara Geng Ngaji, Fakhrul Radhi, Farhatul Fairuzah dan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman terhibur dengan telatah Muhammad Lutfi Rabbani yang terputus talian telefon hampir tiga kali.

Semalam, adik Lutfi berpeluang sekali lagi untuk membuat panggilan video dalam episod 13, Geng Ngaji bersama pengacara dan gembira dapat mengalunkan bacaan Al-Quran bersama mereka.

selepas tiga kali putus talian, adik lutfi kembali mengaji di geng ngaji

Adik Lutfi teruja lalu terus membaca Surah At-Taubah, ayat 33 dengan penuh merdu sekali.

Fakhrul Radhi kagum dengan semangat adik Lutfi apabila berjaya menghafal semua surah-surah Al-Quran, 30 juzuk.

“Saya dah hafal semua sekali, 30 juzuk dari awal sampai habis,” kata adik Lutfi apabila ditanya Fakhrul Radhi.

selepas tiga kali putus talian, adik lutfi kembali mengaji di geng ngaji

Menurut Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, dia berdoa agar dapat berjumpa dengan adik Lutfi dan mengalunkan bacaan Al-Quran bersama-sama.

selepas tiga kali putus talian, adik lutfi kembali mengaji di geng ngaji

Dia juga bertanya beberapa surah pilihan dan cita-cita yang ingin dicapai apabila sudah dewasa nanti.

“Boleh Ustaz tahu adik dah besar nanti nak jadi apa? Apa cita-cita adik Lutfi?,” kata Ustaz Tarmizi kepada adik Lutfi.

“Cita-cita saya nak jadi tahfiz dan angkasawan,” jawabnya.

Adik Lutfi meminta untuk mendoakannya berjaya dalam pertandingan hafazan yang akan disertainya Khamis ini sempena Hari Nuzul Al-Quran.

Kesemua pengacara memberi penghargaan kepadanya yang sudi membuat panggilan video untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan memberi inspirasi kepada semua umat Islam agar lebih menghayati makna setiap baris ayat.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}