Kebiasaannya, pasangan kekasih ada ketika cuba untuk memakai pakaian yang matching dan sama antara satu sama lain untuk kelihatan ‘sweet’ dikhalayak ramai.
Tetapi berapa lama agaknya ‘sweet’ itu mampu bertahan? 1 tahun, 5 tahun, atau 10 tahun?
Advertisement
Buat pasangan daripada Jepun ini, Tsuyoshi dan Tomi Seki, yang lebih dikenali dilaman sosial mereka dengan @bonpon511, setiap hari mereka akan memakai pakaian yang sama, walaupun sudah hampir 38 tahun berkahwin.
Mereka berdua yang menghampiri usia 60-an, amat diminati dilaman sosial mereka kerana nampak comel pada usia berkenaan.
Mempunyai pengikut dilaman Instagram mencecah 760 ribu, semua gambar yang ditayangkan pada mulanya dipamerkan pada akaun Instagram anak mereka, dan mendapat banyak pujian sehingga mencadangkan agar mereka mencipta akaun sendiri.
Sumber: The Guardian