Skip to main content

Advertisement

Berita

3 Cara Mudah Untuk Kekalkan Biskut Rangup

3 cara mudah untuk kekalkan biskut rangup

Menjelang Aidlifitri pasti semua orang rajinkan diri masuk dapur membuat kuih raya. Dok pulun seharian di dapur, malangnya kalau simpan kuih dalam balang yang salah. Kuih atau biskut akan jadi lemau dan tidak boleh dimakan.

Advertisement

3 cara mudah untuk kekalkan biskut rangup

Bagi mengatasi masalah ini, kita ada beberapa tips yang berguna untuk kalian semua.

  1.  Kertas serap minyak

Kertas serap minyak yang terdapat dalam paket biskut tu, jangan buang!

Kalian boleh gunakan kertas tersebut ketika menyusun biskut dalam balang kaca ataupun bekas kedap udara.

Fungsi kertas ini adalah untuk menyerap minyak sekali gus memastikan kepingan biskut kekal dalam tempoh masa yang lama.

  1.  Bekas kering

Pastikan bekas anda tidak basah atau lembap. Menyimpan biskut dalam bekas yang basah akan menyebabkan biskut anda lembik dan lemau.

  1.  Bekas kedap udara

Ini perkara yang paling common dan penting la. Pastikan anda simpan biskut dalam balang kaca atau bekas kedap udara.

Sumber: Web

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda