Skip to main content

Advertisement

Berita

20,000 Ekor Lebah Serang Pesawat Sehingga Terpaksa Ditunda

Sebuah pesawat Mango Airlines di Durban, Afrika Selatan terpaksa menunda 3 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Shaka, Durban selepas enjin pesawat dimasuki sekumpulan lebah.

Pakar dipanggil untuk menggeluarkan kira-kira 20,000 lebah dari enjin pesawat berkenaan.

Advertisement

Pihak berkuasa menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang jarang-jarang berlaku.

Lebah-lebah tersebut 'menyerang' dan memenuhi enjin pesawat dalam tempoh 25 minit.

Susulan itu, tiga penerbangan turut ditunda di Lapangan Terbang Antarabangsa King Shaka, Durban.

Mango Airlines melaporkan mengenainya dalam satu posting pada Rabu, menerusi akaun Twitter milik syarikat itu.

"Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini dalam lapan tahun saya di industri penerbangan," ujar Jurucakap Mango Airlines, Sergio dos Santos kepada News24.

Kredit: Awani

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda