Skip to main content

Advertisement

Berita

Presiden Turki Raikan 136 Hafiz Berjaya Hafal Al-Quran Di Masjid Hagia Sophia

Masjid ikonik di Istanbul, Masjid Hagia Sophia sering mendapat tumpuan dunia sejak ia dibuka semula sebagai masjid pada Julai 2020.

Baru-baru ini, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meraikan lebih 136 orang pelajar yang berjaya menghafaz al-Quran di Masjid Hagia Sophia.

Advertisement

presiden turki raikan 136 hafiz berjaya hafal al-quran di masjid ayasofya

Menerusi ciapan IlmFeed di akaun Twitter, gambar itu menunjukkan wajah-wajah para hafiz yang teruja apabila diraikan di masjid cukup indah itu.

Malah, beliau juga gembira apabila salah seorang hafiz tersebut merupakan cucu beliau yang turut menghafaz al-Quran.

presiden turki raikan 136 hafiz berjaya hafal al-quran di masjid ayasofya

Kehadirannya bersama cucu Omer Tayyip ke Masjid Hagia Sophia dilihat menjadi perhatian di media sosial.

Gambar-gambar yang diambil juga menunjukkan betapa indahnya majlis ilmu tersebut yang diadakan di sebuah masjid terkemuka dunia.

Rata-rata warganet di media sosial turut menumpang gembira dan bersyukur akan pencapaian semua hafiz yang diraikan tersebut.

Sumber: IlmFeed

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda