
Foto: Instagram
Pelakon, Nora Danish mendedahkan kehidupannya kini lebih tenang sejak mendekatkan diri dengan amalan keagamaan selepas melalui fasa penghijrahan.
Advertisement
Menurut pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif itu, dia mula aktif menghadiri kelas agama yang mendorongnya untuk mengamalkan ibadah seperti solat tahajud bagi mencari ketenangan jiwa.
“Sejak mula berhijrah, saya sering menghadiri kelas agama yang menyarankan agar bangun menunaikan solat tahajud untuk mendapatkan ketenangan hati.
“Ada juga saya amalkan solat sunat tahajud dan istikharah serta berdoa agar dikurniakan ketenangan.
“Tetapi saya sendiri tidak pasti bilakah ketenangan itu akan hadir dalam diri saya,” ujarnya.
@mhafizulfaiz Tahajud 🌙@Habis.Cerita @DanishNora ♬ original sound - Hafizul Faiz
Selain itu, pelakon filem Polis Evo tersebut berkata dia kini mampu melalui cabaran hidup dengan lebih tenang berbanding sebelum ini.
Jelasnya, perubahan itu mungkin berkait rapat dengan amalan ibadah yang dilakukannya secara konsisten.
“Namun, apabila saya menghadapi ujian sekarang yang melibatkan beberapa masalah, saya dapat menghadapinya dengan tenang.
“Saya merasakan ketenangan itu mungkin hasil daripada amalan bangun solat sunat tahajud, yang menjadikan diri saya lebih tenang,” katanya.
Perkongsian itu mencerminkan perjalanan baharu Nora dalam mencari ketenangan batin serta kekuatan dalaman melalui pendekatan spiritual.
Sumber: TikTok @mhafizulfaiz