Skip to main content

Advertisement

Hiburan & Rekreasi

[VIDEO] Siapa Sangka? Burung Kakak Tua Ini Jelajah Laut Bahamas Dengan ‘Kapal Selam’ Sendiri

Gambar: Instagram (bebebirdparrot)

Seekor burung kakak tua bernama Bebe mencuri perhatian ramai apabila berjaya meneroka keindahan dasar laut Bahamas menerusi satu aktiviti yang luar biasa iaitu snorkeling menggunakan sebuah ‘kapal selam’ kecil khas yang direka oleh pemiliknya sendiri.

Advertisement

Pemilik Bebe, Steven Lawyer, mengambil langkah teliti sebelum membawa haiwan kesayangannya itu ke perairan terbuka dengan terlebih dahulu menguji peranti berkenaan di rumah. Reka cipta unik tersebut membolehkan Bebe berada dalam keadaan selamat sambil menikmati pemandangan bawah laut tanpa terdedah secara langsung kepada air.

Gambar: Instagram (bebebirdparrot)

Menurut Steven, keselamatan dan keselesaan Bebe menjadi keutamaan utama sepanjang pengembaraan ini. Hasil ujian awal yang berjaya memberikan keyakinan untuk membawa burung tersebut menyelam secara terkawal di perairan Bahamas, sekali gus mencipta pengalaman yang jarang disaksikan.

Menariknya, ini bukan kali pertama Bebe mencuba aktiviti ekstrem. Sebelum ini, burung kakak tua tersebut pernah menyertai kayuhan basikal sejauh 500 batu selama seminggu bersama lebih 20,000 peserta, membuktikan ketahanan dan keupayaannya menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi luar biasa.

Video: Instagram (bebebirdparrot)

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda