Skip to main content

Advertisement

Berita

ZAYAN : Ayam Jantan Berkokok Tanda Kehadiran Malaikat? Ini Jawapan Dr Zulkifli Al-Bakri

zayan : ayam jantan berkokok tanda kehadiran malaikat? ini jawapan dr zulkifli al-bakri

Pastinya anda pernah mendengar cerita mengenai ayam jantan jika ia  berkokok bermakna haiwan itu melihat malaikat?

Advertisement

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, perkara tersebut adalah benar sebagaimana Rasullulah SAW menyebutnya dalam hadis yang sahih.

 

Justeru itu, beliau menggalakkan agar mereka yang mendengar supaya berdoa kepada Alla S.W.T dengan harapan agar moga-moga Malaikat juga turut mengaminkan doa kita.

Kongsi Dr. Zulkifli lagi, ayam jantan juga mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki haiwan lain seperti mengetahui perubahan waktu di malam hari.

“Ia berkokok di waktu yang tepat dan tidak pernah ketinggalan. Berkokok sebelum subuh dan selepas subuh, tak pernah tersalah waktu. Sebahagian ulama’ Syafi’iyah memfatwakan untuk berpegang bahawa ayam jantan mujarab dalam menentukan waktu.” ujarnya.

 

Katanya lagi, kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin daripada Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda