Mesti ramai kat sini yang ambil lewa dengan cara simpan makanan di dalam peti ais. Nak simpan makanan di dalam peti ais bukan main letak je lepas tu tinggal, ada cara dia. Tips simpan makanan di dalam peti ais ini boleh mengelak anda daripada terkena keracunan makanan. Jom kita tengok tips untuk simpan makanan di dalam peti ais, jangan nanti dah terkena baru nak bertindak ya.
1. Simpan makanan kering ke dalam bekas kedap udara dan labelkan.
Advertisement

2. Potong, basuh, dan simpan ke dalam bekas kedap udara.

3. Guna bekas yang berbeza untuk membezakan makanan yang mentah dan belum dimasak.

4. Elakkan simpan makanan yang telah di masak di dalam peti sejuk melebihi 3 hari.

5. Jangan terus bungkus makanan menggunakan kertas surat khabar.

6. Elakkan menyimpan makanan bertin yang sudah dibuka ke dalam peti ais, simpan lah ke dalam bekas lain yang mempunyai penutup.

7. Periksan makanan bertin sebelum beli, elakkan ambil yang kemek, berkarak, gelembung dan sudah tampat tempoh.

8. Jangan simpan terlalu banyak makanan sehingga penuh peti ais dan rajinkan selalu bersihkan peti ais setiap minggu.

Sumber - Kementerian Kesihatan Malaysia