Skip to main content

Advertisement

Berita

Niat & Cara Solat Taubat

Apa yang dimaksudkan dengan Solat Taubat?

Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.

Advertisement

Selain dari istighfar dan menyesali segala kesalahannya, taubat nasuha juga boleh disempurnakan dengan melakukan Solat Sunat Taubat sebanyak dua rakaat.

Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan, khilaf dan dosa.

Dan sebaik-sebaik orang yang berbuat salah dan pendosa adalah mereka yang bersegera bertaubat.

Oleh itu, perlaksanaan Solat Sunat Taubat ini menzahirkan kesungguhan seorang hamba untuk benar-benar bertaubat yakni taubatan nasuha kepada penciptanya lantaran ibadah solat merupakan sebaik-baik ibadat dan wasilah yang dapat menghubungkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Solat sunat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah.

niat & cara solat taubat

Antara syarat-syarat taubat adalah:

  • Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu
  • Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
  • Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi

Tetapi apabila kita melakukan perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan sebagainya..

… maka hendaklah, iaitu memulangkan semula barang yang dicuri dan memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda