Skip to main content

Advertisement

Berita

Bekas Isteri Keith Foo, Kim Raymond Sudah Peluk Islam

Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo, Kim Raymond mendapat perhatian ramai apabila dia sudah memeluk agama Islam pada Oktober lalu.

bekas isteri keith foo, kim raymond sudah peluk islam

Difahamkan, Kim memeluk Islam pada 24 Oktober lalu di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu di Petaling Jaya dan diislamkan oleh pendakwah terkenal, Datuk Sheikh Hussain Yee yang juga Presiden Al-Khadeem.

Advertisement

“Alhamdulillah, dengan hidayah daripada Allah SWT, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk Islam di Al-Khaadem pada 24 Oktober lalu.

“Ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh barakah,” katanya.

Kim dilihat manis mengenakan pakaian serba hitam dan lengkap memakai tudung di gambar tersebut.

Sumber: Kosmo Online
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda