Skip to main content

Advertisement

Berita

Betul ke Manusia Boleh Hidup Dengan Kurma & Air Sahaja? Mitos atau Realiti?

betul ke manusia boleh hidup dengan kurma & air sahaja? mitos atau realiti?

Foto Hiasan

Advertisement

Kurma bukan sekadar buah manis yang sering dinikmati ketika berbuka puasa. Sebenarnya, buah kecil ini mengandungi pelbagai nutrien penting yang menjadikannya antara makanan paling padat khasiat di dunia.

Kurma mengandungi pelbagai nutrien penting untuk tubuh. Antara mineral utamanya termasuk kalsium yang menguatkan tulang dan gigi, magnesium yang menyokong fungsi otot, saraf dan jantung, serta fosforus yang membantu pembentukan tulang dan penghasilan tenaga. Ia juga kaya dengan zat besi untuk mencegah anemia, tembaga bagi menguatkan sistem imun dan sulfur yang baik untuk kesihatan kulit dan sendi.

betul ke manusia boleh hidup dengan kurma & air sahaja? mitos atau realiti?

Foto Hiasan

Selain itu, kurma mengandungi silikon untuk rambut, kulit dan kuku. Mangan untuk metabolisme dan pertumbuhan tulang, serta kalium yang berperanan mengawal tekanan darah. Natrium pula membantu mengekalkan keseimbangan cecair badan. Daripada segi vitamin, kurma menawarkan niasin dan tiamin (Vitamin B) yang penting untuk menukar makanan kepada tenaga, memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari.

Memang benar kurma sangat kaya dengan nutrien dan jika digabungkan dengan air, ia dapat memberi sumber tenaga dan mineral asas untuk bertahan hidup dalam tempoh tertentu. Namun, pakar nutrisi mengatakan bahawa kurma tidak menyediakan semua asid amino dan lemak penting yang diperlukan untuk jangka masa panjang. Jadi, ia lebih sesuai sebagai makanan untuk bertahan sementara, bukan untuk diamalkan menjadi diet seumur hidup.

betul ke manusia boleh hidup dengan kurma & air sahaja? mitos atau realiti?

Foto Hiasan

Selain itu, kurma juga berupaya memberi tenaga segera kerana tinggi gula semula jadi (glukosa, fruktosa, sukrosa). Ia juga kaya dengan serat untuk pencernaan yang sihat serta mengandungi antioksidan yang melawan radikal bebas.

Kurma dan air memang boleh membantu seseorang bertahan hidup untuk sementara waktu, terutama dalam situasi darurat. Tetapi untuk kesihatan optimum jangka panjang, tubuh tetap memerlukan variasi sumber makanan lain. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kurma adalah “superfood” semula jadi yang Allah ciptakan. Ia sememangnya kecil tetapi penuh kuasa!

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda