
Sememangnya ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak-anak mendirikan solat ketika mereka mencecah umur 7 tahun.
Advertisement
Baru-baru ini sekeping gambar tular di media sosial, seorang kanak-kanak menulis surat meluahkan perasaan kecewanya terhadap pihak pengurusan masjid apabila dia disuruh untuk pindah ke saf belakang.
Kanak-kanak yang bernama Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry itu bertanya kepada pihak pengurusan masjid dalam surat tersebut kenapa dia ‘dihalau’ dari saf pertama dan dipindah ke saf ketiga.

Surat yang diutuskan dengan penuh sopan itu mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memberi respon surat tersebut melalui laman sosial media Twitter dan Facebook.
Assalamualaikum wbt.
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) December 5, 2019
Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat
Pakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau. pic.twitter.com/bzRBdiOrbP
Mufti Wilayah menulis sebuah bebenang menerangkan tentang kedudukan saf kanak-kanak tersebut yang pernah diulas oleh beliau pada tahun 2016.

Dr. Zul juga memberi beberapa cadangan kepada ibu bapa dan juga pihak masjid di dalam bebenang itu yang boleh membawa manfaat kepada orang ramai.

Perkongsian Dr. Zul itu memberi semangat kepada ibu bapa di sosial media untuk mengajar anak-anak mereka adab-adab ketika berada di masjid dan turut memuji Nadzrul yang mengutus surat tersebut.
Dr. Zul mengakhiri bebenang tersebut dengan ucapan tahniah disertakan doa kepada Nadzrul.

Jika anda ingin membaca ulasan tentang masjid dan kanak-kanak secara terperinci. Boleh klik di sini untuk membaca artikel daripada Mufti Wilayah Persekutuan.
Sumber: