Skip to main content

Advertisement

Berita

Ini 7 Manfaat Uncang Teh Yang Anda Boleh Guna!

Biasalah kan dah guna terus ke tong sampah lah tempatnya kan? Jangan begitu! Banyak sebenarnya kegunaan uncang teh ni tau.

1. Menghilangkan Bau Kaki Yang Berpeluh

Advertisement

via GIPHY

Rendam kaki anda bersama uncang teh dan air suam selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki dengan tuala sehingga kering dan lakukannya sebelum tidur.

2. Mengatasi Eye Bag

via GIPHY

Rendamkannya di dalam air sejuk, kemudian letakkan di bahagian mata pada masa nak tidur.

3. Menghilangkan Bau Yang Tidak Sedap

via GIPHY

Letakkan uncang teh terpakai di dalam peti ais anda untuk menghilangkan bau yang tidak enak.

4. Mengatasi Masalah Jerawat Di Muka

via GIPHY

Gosok uncang teh terpakai itu pada muka, dan biarkan selama beberapa minit.

5. Mencuci Peralatan Dapur

via GIPHY

Ucang teh terpakai mampu menghilangkan kotoran atau kesan minyak yang melekat pada peralatan dapur dengan mudah. Jika peralatan tersebut sangat kotor dan dipenuhi dengan lemak, rendamkannya dengan air panas dan beberapa uncang teh terpakai bagi menghilangkan kesan kotoran dan lemak yang melekat.


6. Sebagai Baja Tanaman

via GIPHY

Jika anda rajin bercucuk tanam dan inginkan baja yang lebih selamat dan organik anda tidak perlu bersusah payah lagi. Anda hanya perlu mencampak sahaja uncang atau hampas teh yang anda gunakan kedalam pasu tanaman atau tanah tanaman anda dan ia akan bertukar sebagai baja organik yang menyuburkan tanah sekaligus memberi manfaat tanpa perlu anda menggunakan baja kimia lagi.

7. Menghilangkan kesan ‘sun burn’

via GIPHY

Gosok uncang teh yang basah untuk menghilangkan kesan terbakar.

 Kredit : Rahsia Rumah Tangga

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda